GEORGETOWN 13 Nov – Majlis Belia Negeri Pulau Pinang telah selesai melangsungkan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) peringkat Negeri Pulau Pinang di St. Giles Hotel. Persidangan dipengerusikan oleh Dato’ Azman Ibrahim, Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang.
Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Sdr. Mohd Fauzi Hj. Fadzil, Felo Penyelidik telah diberi ruang untuk membentangkan Model Baharu Pembangunan Belia (MBPB) 2030, model tersebut yang dijangkakan akan diluncurkan sekitar Mac 2022 sedang dalam peringkat pengumpulan data daripada lapan golongan sasar belia yang digariskan di dalam Dasar Belia Malaysia. Kepimpinan belia di semua peringkat termasuk Majlis Belia Pulau Pinang merupakan pihak yang terlibat secara tidak langsung untuk pembinaan MBPB 2030.
MPBN peringkat Negeri Pulau Pinang telah menyentuh 11 usul yang di bawa oleh kepimpinan belia, kesemua usul diterima untuk di bawa keperingkat kebangsaan untuk perbahasan lanjut. Antara usul yang diperbahaskan di peringkat MPBN Pulau Pinang adalah berkenaan PTPTN, NCER, geran pertubuhan belia, E-Belia, kesan covid, E-Roy, kesedaran jalanraya, penghargaan pegawai belia, campurtangan politik, wakil belia dalam jawatankuasa agama negeri, peranti PdPR dan NFT.
Perbincangan berjalan dengan baik dan berakhir sekitar jam 1.00 petang.