KUALA LUMPUR 17 Jun – “Bunuh diri merupakan kematian kedua tertinggi di Malaysia selepas penyakit jantung”.
Ini sebahagian info pembentangan disampaikan oleh Presiden Social Comunity Program Urban Society Malaysia (Scopurs Malaysia), Dr. Mohd Nazrul Azizi.
Inisiatif ini merupakan sebahagian usaha MBM dalam memahami isu yang semakin kronik di kalangan belia dan rakyat Malaysia di samping mencari solusi untuk menangani masalah ini.
Beberapa cadangan dan tindakan MBM ambil selepas perbincangan ini antaranya;
- Menggerakkan pasukan Relawan MBM bagi menangani masyarakat khususnya belia yang tidak tahu bagaimana mendapatkan infomasi serta rawatan masalah mental.
- Menjalankan kempen mendidik dan pendedahan (mental health education) seperti ‘no smart phone below 2 years’ secara meluas melalui poster, infografik dan sebagainya.
- Membawa isu ‘masalah mental di kalangan belia’ dalam Majlis Perundingan Belia Negara.
Turut hadir Presiden MBM; Sdr. Jufitri Joha, Pengerusi Malaysian National Federation of Youth Worker (FKPB); Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim, Sdr. Mohamad Nazri Abd Latiff; Exco MBM, Sdr. Thai Ming Yeow; Felo Penyelidikan MBM, ahli jawatankuasa biro dan ahli badan gabungan.