KELANA JAYA 14 Dis – Sesi pembentangan gerak kerja telah diadakan di Ibu Pejabat Yayasan Basmi Kemiskinan bagi pelaksanaan Projek Tanaman Sorghum dan Murungai di Bukit Tasek Serendah, Hulu Selangor.
Ia adalah rentetan daripada majlis tandatangan dokumen perjanjian persefahaman (MOU) yang telah diadakan pada 1 Disember 2023 yang lepas yang mana kedua-dua pihak (Koperasi MYOKU dan Koperasi Kasih YBK) akan mengusahakan aktiviti pertanian, penternakan dan pelancongan di kawasan 60 ekar di Bukit Tasek Serendah secara berperingkat.
YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK merangkap penaung Koperasi Ko-Kasih) dan YBhg. Datin Dr. Hajah Kartini Osman (Pengerusi Ko-Kasih) bersama Pengurus Besar YBK, Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz telah hadir ke sesi ini.
Hadir sama Sdr. Mohd Syahir Mohd Yusof, Pengerusi Biro Pertanian dan Industri Asas Tani MBM bagi bersama-sama ambil maklum mengenai pelaksanaan projek kerjasama sama ini.
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2023/12/409406141_683382880595085_7631084709138263512_n-1024x576.jpg)
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2023/12/411183964_683382927261747_6712830256839191267_n-1024x768.jpg)
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2023/12/411193013_683218973944809_5060107893693238580_n.jpg)
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2023/12/411246227_683218927278147_4617410830929067793_n.jpg)