MAJLIS BELIA MALAYSIA

PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN MENGENAI PROGRAM PROKENS

PUTRAJAYA 22 Mei – Sdri. ‘Atiqah Syahirah, Penolong Setiauasaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Exco MBM Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali telah mengadakan pembentangan dan perbincangan mengenai program PROKENS iaitu program Latihan Kebolehpasaran Kerja.

Perbincangan tersebut diadakan bersama Encik Saiful Shahrul Azhar, Pegawai Tugas-Tugas Khas Pejabat Menteri Belia dan Sukan serta Puan Not Safinah Haya, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sosial Kementerian Belia dan Sukan.

Antara perkara dibentang adalah mengenai gerak kerja program dan penambahbaikan program yang akan dijalankan bagi memastikan para belia tidak ketinggalan dalam mengikuti program yang dilaksanakan. Turut dibincang adalah tentang pelan pemulihan ekonomi dan Belanjawan 2021 terutamanya berkaitan ekonomi belia serta pekerjaan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »