PUTRAJAYA 6 Julai – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Eow Shiang Yen telah hadir sebagai pembentang projek pembangunan dokumentari rakaman video lawatan ke rumah ibadat pelbagai agama di Malaysia di Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Penghasilan video ini adalah untuk Program “Young, Effective, Smart” (YES) Leadership anjuran Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN), KPN.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan MBM memaklumkan dokumentari ini merangkumi pengenalan kepada pelbagai agama, fungsi rumah ibadat, adat dan pantang larang dalam rumah ibadat dan upacara atau aktiviti yang dijalankan di rumah ibadat dalam bentuk yang menarik dan moden.


