KUALA LUMPUR 11 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kebangsaan bertempat di Wisma MBM.
Kunjungan diketuai Encik Mohammad Zaidi Zainuddin, Timbalan Pengerusi Pengurus Strategik dan Korporat PEMADAM Kebangsaan.
Pertemuan membincangkan mengenai perancangan kerjasama di antara MBM dan PEMADAM berkaitan pembangunan sosial generasi muda khususnya soal berkaitan isu dadah.
Hadir menyambut tetamu ini Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Hanifff Harun.