MAJLIS BELIA MALAYSIA

Peluang Pekerjaan Bersama Kumpulan Genting

SERI KEMBANGAN 27 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dijemput oleh pihak KOLEJ KIARA bagi membincangkan peluang pekerjaan bagi pelbagai segmen untuk Kumpulan Genting khususnya di bidang perhotelan, resort dan taman tema sebanyak 1000 kekosongan jawatan.

Pengarah Urusan Kolej Kiara menjemput dan membuka peluang kepada belia untuk memberikan input-input dan membantu mendapatkan peluang pekerjaan buat mereka yang berminat untuk membina kerjaya di Genting.

Turut bersama wakil daripada Resorts World Genting, Alumni Parlimen Belia Malaysia dan Penggerak Belia Selangor – Rasmi.Terima kasih Kolej Kiara atas ruang peluang ini.

Nantikan pautan pendaftaran awal dan poster maklumat tepat serta syarat-syarat kelayakan terbaharu untuk seluruh belia Malaysia.MBM sentiasa mencari peluang untuk belia dan komited menjadi suara rasmi belia negara kita terus membantu belia.

MBM diwakili Presiden MBM, saudari Kavita Maheendran, Penolong Setiausaha Agung MBM dan Datuk Syed Osman, Exco MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »