MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pelaporan wakil Malaysia ke program United Nations Civil Society Conference di Nairobi, Kenya

Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai 2024 United Nations Civil Society Conference di Nairobi, Kenya. Sdr. Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar, Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang telah mewakili MBM ke program ini.

Persidangan dua hari (9-10 Mei 2024) ini merupakan salah satu agenda penting yang di anjurkan oleh United Nations bagi persediaan untuk Summit For Future yang akan diadakan pada September 2024 di New York dengan mengumpulkan seramai 2,000 orang wakil dari pelbagai negara dan latar belakang.

Persidangan ini telah dibahagikan kepada dua sesi. Hari pertama memberi fokus perbincangan kepada “pact” di antara wakil-wakil setiap negara yang hadir kepada beberapa chapter :

1. Sustanaible Development and Financing for Development;

2. International Peace and Security;

3. Science, Technology and Innovation and Digital Cooperation & Global Digital Compact;

4. Youth and Future Generations & Declaration on Future Generations;

5. Transforming Global Governance.

Sdr. Hafiz turut terlibat dalam memberikan pandangan berkaitan isu pembebasan Palestin, pemimpin NGO perlu komited berkerja untuk menyampaikan hasil dapatan UNCSC kepada akar umbi bukan sekadar berada di peringkat atasan sahaja. Beliau turut berkongsi program seperti Parlimen Belia dan Majlis Perundingan Belia di Malaysia yang merupakan antara platform perkongsian pandangan antara golongan belia dengan pihak kerajaan.

Perbincangan kedua fokus kepada “impact” yang telah dibincangkan pada hari pertama. Sesi dialog bersama peserta telah diadakan dan memberi fokus kepada perkara berikut :

– Accountability, Standard and Monitoring;

– Artificial Intelligence

– Children’s Right and Participation

– Earth Governance

– Funding for Cummunity Action on Sustainable Development

– Gender Equality

– Inclusive Global Governance

– International Anti-Corruption

– UN Charter Reform

– Youth and Integenerational Engagament

– Arts, Culture and Faith-based Solution

– Digital Governance and Eliminating Digital Divides

– Drug Policy for the future

– Financing for development and International Financial Architecture Reform

– Future Generations

– Just Institution and the International Court of Justice

– Peacebuilding

– Science and Policy Solution for the Planet

– Towards the World Social Summit

– Underrepresented Communities

Beliau turut terlibat dalam sesi perbincangan berfokus kepada belia. Antara dapatan daripada persidangan ini adalah :

• Pemimpin masa kini perlu berusaha untuk tidak mengulangi kesalahan dan memastikan masa depan yang lebih baik kepada generasi masa depan;

• Sebagai “custodian” atau penjaga kepada generasi masa depan, adalah dicadangkan agar dilakukan pelbagai perkara bagi memastikan penjaga ini mampu menjalankan tugas dengan baik;

• Adalah perlu memberi penekanan penglibatan sehingga ke peringkat akar umbi dalam memastikan semua orang memahami keperluan menjaga generasi masa hadapan;

• Penekanan juga kepada generasi muda untuk tidak sekadar membangunkan negara masing-masing tetapi bersama-sama memajukan negara lain melalui jaringan bersama antara golongan belia;

• Suara anak muda masih kurang kedengaran dan perlu diberikan lebih platform untuk generasi muda mengetengahkan pandangan dan pendapat mereka.

Terdapat beberapa lagi perkara utama yang telah digariskan dan akan dibawa ke Summit of the Future pada bulan September 2024 nanti.

Semoga semua yang dibincangkan bukan sekadar perancangan tetapi akan dapat di nyatakan sebagai satu realiti demi masa depan bersama.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »