MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pelaporan peserta Malaysia yang menyertai program lanjutan World Youth Festival 2024 (Regional Program)

KALININGRAD, 14 Mac – Fakta menarik tentang sekolah-sekolah di Rusia, iaitu sekolah di sini dinamakan mengikut nombor.

Lawatan peserta Regional Program yang disertai Sdri. Jessy Ng Chor Eng, Exco Majlis Belia Malaysia ke School No 58 di Kaliningrad merupakan satu pengalaman yang sangat mengujakan.

Sejajar dengan perkembangan dunia, seawal usia 13 tahun pelajar-pelajar didedahkan dengan ilmu teknologi berasaskan IR 4.0, seperti Internet of Things (IoT). Mereka juga diberikan pendidikan kemahiran hidup yang ‘advance’ seperti menghasilkan produk di mana mereka harus belajar untuk melakar gambar 3D produk tersebut.

Pengetahuan asas tentang penjagaan kesihatan diajar dalam kelas biologi, di mana pelajar didedahkan dengan cara-cara menggunakan alat-alat pemeriksaan kesihatan.

Teknologi canggih seperti Professional Touch Screen 3D turut digunakan dalam kelas bagi tujuan pelajaran dan pembelajaran.

Pilihan aktiviti korikulum pendidikan jasmani yang menarik seperti rock climbing, kelas renang dan sebagainya turut disediakan di School of 58.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »