KAZAN, 13 Mac – Dua orang perwakilan Malaysia meneruskan lagi aktiviti Program Regional dengan beberapa siri program dan lawatan ke Perpustakaan Utama Republik Tatarstan.
Turut berlangsung sesi pembentangan dan diskusi berkenaan “Our Tatarstan” yang disampaikan sendiri oleh Menteri Hal Ehwal Belia Republik Tatarstan, Rinat Sadykov.
Aktiviti di Kazan diakhiri dengan sesi Iftar dan makan malam Gala di Kompleks Tugan Avylm yang diwarnai dengan kepelbagaian aktiviti kebudayaan.
Peserta Malaysia juga berkesempatan menyapa Imam Besar Kazan yang menyambut mesra kehadiran perwakilan Malaysia di Kazan dan menyampaikan ucapan salam Ramadan kepada seluruh rakyat Malaysia.





