MOSCOW, 11 Mac – Sdr. Eow Shiang Yen, Exco Majlis Belia Malaysia dan Dr. Wan Ahmad Hazman yang menyertai Pasukan Regional Program ke Wilayah Smolensk telah dibawa melawat EXPO Rusia di VDNKH, Moscow.
EXPO berskala besar ini mempamerkan pelbagai aspek Rusia termasuk sains, teknologi, budaya dan warisan rakyat pelbagai wilayah, pengangkutan, sains angkasa, sejarah, dan sebagainya.
Para peserta berpeluang berinteraksi dengan ahli pameran dan kandungan pameran setiap Pavillion bagi meningkatkan kefahaman tentang kepelbagaian aspek negara dan rakyat Rusia.







