MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pelaporan peserta Malaysia yang menyertai program lanjutan World Youth Festival 2024 (Regional Program)

SAINT PETERSBURG, 13 Mac – Peserta Malaysia dalam Regional Program, Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa, Exco Majlis Belia Malaysia dan Sdr. Clive Allen Williams-Hunt, Presiden Majlis Belia Orang Asli Malaysia telah menyertai sesi khas bersama Rektor University of Saint Petersburg State dan wakil Governor Saint Petersburg.

Dalam sesi ini, peserta-peserta diberi penerangan tentang keunikan University of Saint Petersburg State dalam melahirkan ramai pemenang Nobel Prize.

Ditubuhkan oleh Peter The Great, pengasas bandar Saint Petersburg, ianya bermula dari empat fakulti dan yang paling terkenal adalah fakulti undang-undang. Universiti ini juga merupakan Alma mater bagi Presiden Russia, Vladimir Putin.

Lawatan ke perpustakaan undang-undang yang menempatkan buku terbitan tahun 1540 menjadi satu tarikan pada sesi ini di mana, tertulis segala undang-undang pembentukan Soviet Union terdahulu.

Wakil kepada Governor Saint Petersburg mengalu-alukan kehadiran belia dari World Youth Festival dalam mengenali dan melawati bandar Saint Petersburg.

Wakil dari MBM juga menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada layanan yang diberikan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »