SMOLENSK 16 Mac – Hari terakhir perjalanan perwakilan Malaysia ke Regional Program, Sdr. Eow Shiang Yen dan Dr. Wan Ahmad Hazman diisi dengan aktiviti memberi penghormatan kepada pejuang perang dunia ke-2 di Efremov Square berdekatan dengan memorial “Eternal flame”.
Sebelum dihantar ke Stesen Kereta Api Bandar Gagarin untuk memulakan perjalanan balik ke Malaysia, peserta-peserta merakamkan kenangan di depan monumen Yuri Alekseyevich Gagarin di Bandar Gagarin.
Bandar ini dinamakan oleh nama beliau sebagai seorang kosmonaut Kesatuan Soviet yang menjadi manusia pertama ke angkasa lepas dan memasuki orbit bumi pada 12 April 1961.




