MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pelaporan peserta Malaysia yang menyertai program lanjutan World Youth Festival 2024 (Regional Program)

KAZAN 16 Mac – Sdr. Anas Zakwan Azhar dan Sdr. Muhammad Syahmi Shamsudin memulakan hari terakhir mereka dengan melawat ke salah satu arena sukan terpenting Kazan iaitu Ak Bar Arena yang pernah menjadi hos Piala Dunia Rusia 2018.

Sambil mengenakan pakaian kebangsaan Malaysia, kedua-dua perwakilan sempat berkunjung ke Masjid Irek bagi menunaikan Fardhu Jumaat di bumi Kazan bersama-sama teman negara-negara timur tengah yang lain.

Agenda perdana hari terakhir iaitu dialog bersama Ketua Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov yang berlangsung dengan sangat interaktif di IT Park Kazan.

Regional Program di Kazan ditutup dengan makan malam Gala bagi meraikan delegasi seramai 85 peserta yang hadir di Kazan.

Terima kasih kepada penganjur World Youth Festival yang telah menyelenggara program dengan sangat baik.

Terima kasih juga kepada Academy of Youth Diplomacy Tatarstan di bawah Kementerian Hal Ehwal Belia Tatarstan yang telah memastikan program di Kazan dengan sangat lancar.

Semoga bertemu lagi Kazan!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »