KAZAN 14 Mac – Dua perwakilan Malaysia yang menyertai Regional Program World Youth Festival di Kazan meneruskan aktiviti dengan beberapa siri lawatan dan sesi interaksi dua hala.
Lawatan pertama dimulakan dengan salah satu gudang e-dagang terbesar di Rusia iaitu Wildberies yang terletak di pinggir bandar Kazan. Banyak perkongsian menarik yang dilakukan sewaktu lawatan tersebut.
Sdr. Anas Zakwan Azhar dan Sdr. Muhammad Syahmi Shamsudin juga berkesempatan untuk berkunjung ke Kota Innopolis yang merupakan antara bandar yang paling baharu wujud di Rusia dan menumpukan kepada pembangunan jendela multimedia dan bandar pintar masa hadapan. Mereka turut berkesempatan untuk berinteraksi bersama Datuk Bandar Innopolis, Ruslan Shagaleyev di dalam siri forum terbuka.
Sesi hari ini ditutup dengan menghadiri Pesta Gala Kebudayaan “Ethnocultural” di Volga State University of Physical Culture, Sports and Tourism.





