MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pelaporan peserta Malaysia yang menyertai program lanjutan World Youth Festival 2024 (Regional Program)

CHECHEN, 14 Mac – Sdr. Peshminder Pall Singh dan Sdr. Nazmi Abdul Rahim, Perwakilan Malaysia telah menyertai Program Regional di salah sebuah wilayah Islam di Rusia iaitu Republik Chechen.

Wilayah ini mempunyai sejarah yang tersendiri dan mengandungi pelbagai unsur Islamik dari segi pembangunan, kebudayaan dan ekonomi.

Program di sini memberi banyak pendedahan kepada peserta dengan kunjungan ke beberapa universiti tempatan, muzium, bangunan bersejarah serta mercu tanda di Wilayah Chechen iaitu di ‘Grozny’.

Perwakilan Malaysia juga sempat bertemu dengan Menteri Belia serta anak kepada Ketua Republik Chechen, Akhmat Kadyrov dalam sesi dialog antara pemimpin-pemimpin dan delegasi perwakilan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »