MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pelaporan peserta Malaysia yang menyertai program lanjutan World Youth Festival 2024 (Regional Program)

SMOLENSK, 13 Mac – Hari kedua Pasukan Program Regional dibawa ke Bandar Smolensk iaitu Smolensk State University of Sports dan The Yubileyny Sports Palace.

Peserta Malaysia yang diwakili oleh Sdr. Eow Shiang Yen, Exco Majlis Belia Malaysia dan Dr. Wan Ahmad Hazman mempelajari sejarah penglibatan Bandar Smolensk dalam beberapa peperangan dan mengapa bandar ini memainkan peranan yang strategik dalam usaha pertahanan.

Mereka berpeluang melawat Smolensk Fortress Wall, Assumption Cathedral, serta pelbagai monumen yang bersejarah dan bermakna.

Di sebelah petang pula, peserta-peserta dibawa ke Smolensk State University of Sports. Peserta turut mengambil bahagian dalam empat jenis sukan tempatan berkumpulan. Sukan-sukan ini menguji daya tahan, koordinasi, dan semangat berkumpulan.

Sebelah malam, mereka menghadiri Majlis Perasmian Program Regional ke Wilayah Smolensk yang dirasmikan oleh Vasily Anokhin, Governor of Smolensk Region.

Beliau menyambut baik kehadiran peserta-peserta dan menerangkan kepentingan Wilayah Smolensk serta orang-orang signifikan yang lahir di Wilayah Smolensk. Para delegasi menikmati persembahan tarian, nyanyian, teater dan konsert daripada ahli-ahli muzik dan pelajar-pelajar universiti tempatan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »