KUALA LUMPUR 10 Jan – Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri Pelancaran Junior Chamber International Anugerah Belia Malaysia 2024 bertempat di KL Wellness City Gallery Bukit Jalil.
JCI Ten Outstanding Young Malaysians (2024 JCI TOYM) 2024 bertemakan “Roaring Youth, Pride of the Malaysian Spirit” merupakan inisiatif Junior Chamber International (JCI) sebagai satu pengiktirafan kepada golongan yang telah memberi sumbangan besar kepada kemajuan, masyarakat serta kemajuan dalam bidang yang diceburi.



