MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pelajar IKTBN Sepang sertai All About Girls

SEPANG 20 Okt – Seramai 30 orang pelajar dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah menyertai program All About Girls anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama UNICEF Malaysia dan IKTBN bertempat di Auditorium IKTBN Sepang.

All About Girls adalah program kesedaran dayaupaya wanita dan gender dalam persekitaran Malaysia. Melalui program ini peserta dapat bersama membina ilmu berkenaan titik temu (intersectionality) dan pengalaman gender dalam konteks Malaysia.

Program ini dilaksanakan dalam bentuk bengkel dengan pendekatan kreatif dan penciptaan bersama (co-production & co-creation).

Turut hadir Encik Mohd Shafiq Mohd Khan, Cawangan Pengurusan Pelajar IKTBN.

Program dikendalikan oleh Dr. Syafiqah Abdul Rahim, Penyelidik MBM bersama team nya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »