MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pelajar bidang kejuruteraan universiti India lawati MBM

KUALA LUMPUR 24 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dikunjungi delegasi seramai 22 orang pelajar dari India dengan diiringi seorang pensyarah di pejabat MBM di sini.

Kesemua pelajar terbabit merupakan penuntut di sebuah universiti di Chennai, India dan menjalani prasiswazah dalam bidang kejuruteraan.

Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid hadir meraikan tetamu ini.

Kunjungan ini diaturkan oleh MIYC Kebangsaan – மலேசிய இந்தியர் இளைஞர் மன்றம்.

Banyak pertanyaan diajukan mengenai fungsi dan peranan MBM dan mereka menunjukkan minat yang mendalam mengenali MBM.

Hadir sama Presiden MIYC Kebangsaan, Sdr. Dhanesh Basil dan Sdr. Peshminder Pall Singh, Exco Antarabangsa dan SDG MIYC Kebangsaan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »