KULIM 19 Mei – Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), telah mewakili MBM selaku Panel Penemuduga Peserta Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 – 2022 yang berlangsung di Kem Wawasan Negara Kulim.
Seramai 28 orang belia hadir dalam peringkat saringan ini. Peserta yang hadir dilihat penuh bersemangat, berkarisma, idea dan bersedia menyumbang khidmat kepada masyarakat.
Semoga semua yang terpilih nanti akan terus cemerlang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

