KUALA LUMPUR 22 Mei – Telah berlangsung perbincangan kerjasama MAKERS@IIUM bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) bagi mengadakan pameran dan simulasi robotik, teknologi dron, VR dan Cetakan 3D sempena Karnival Sambutan Hari Belia Negara pada 28 Mei 2023 di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Perbincangan ini hadiri Ketua Penerangan MBM, Sdr. Fazril Saleh bersama wakil Makers@IIUM, Prof Madya Dr Yasir Mohd. Mustafah (Pengarah); Dr Hazlina Md Yusof (Timbalan Pengarah); Sdr. Muhammad Ikmal Hakim Shamsul Bahrin dan Sdr. Abdul Hafiz Zakaria.
Para pengunjung yang hadir ke Karnival Sambutan HBN nanti berpeluang merasai sendiri pengalaman simulasi dan mengendalikan peralatan teknologi ini sendiri.
Pengisian ini juga sebahagian inisiatif menggalakkan penyertaan anak muda dalam bidang teknologi robotik untuk masa hadapan.