PUTRAJAYA 28 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) hadir di pentas Nusantara Youth Forum (NYF2025) dalam sesi ‘Open Dialogue’ bagi berkongsi pandangan dari perspektif belia di Malaysia berkenaan “Youth & Regional Unity”. Dialog ini dikendalikan oleh Shamellya Norazizi bertempat di Dewan Baiduri, Menara Petra.
NYF2025 bertujuan menyediakan platform untuk belia dari seluruh rantau Nusantara – Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura untuk bersama-sama, berbincang dan berkongsi idea tentang isu-isu penting yang memberi kesan kepada masa depan belia dalam bidang sosial, ekonomi, budaya dan politik. Program ini menggalakkan semangat perpaduan dalam kalangan negara di rantau ini melalui dialog dan kerjasama dalam pembangunan belia.
MBM hadir sebagai salah sebuah rakan strategik kepada penganjuran program hebat ini yang dikelolakan oleh Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (PIMPIN).
Majlis penutup disempurnakan oleh YB Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Dalam ucaptamanya, beliau berkongsi tentang pembangunan mampan, pemerkasaan belia, dan memacu potensi perdagangan dan pelaburan global Malaysia.
“Kementerian sedang giat mewujudkan lebih banyak ruang untuk usahawan muda berkembang maju, sejajar dengan peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN”, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
“Hari ini, perniagaan paling menarik di Malaysia dan sememangnya di seluruh ASEAN diasaskan, diterajui dan dikembangkan oleh belia”.
Tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada jawatankuasa penganjur dan semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.
Kredit gambar : @Facebook Nusantara Youth Forum 2025
















