BANDA HILIR 25 Mei – Satu majlis simbolik ringkas penyerahan hadiah pemenang pertandingan melukis doodle sempena Hari Belia Negara 2024 oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah diadakan selepas majlis perasmian di Dataran Pahlawan hari ini.
Doodle bertemakan ‘Yakin Boleh’ ini hasil karya anak muda Negeri Sembilan, Nik Shaiful Ikmal Nik Ibrahim.
Pertandingan dari inisiatif MBM ini bertujuan mencungkil bakat anak muda dalam seni doodle selain penglibatan anak muda dalam sambutan hari belia yang disambut setiap tahun.
Hadir sama Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Mohd Izham Ahmad.
Yakin Boleh!