SUBANG JAYA 13 Dis – Program India Asean Startup Summit 2023 – Insia Malaysia Series (IASS 2023) yang berlangsung selama dua hari berakhir dengan majlis Networking and Cultural Dinner bertempat di Hotel Sunway Resort, Subang Jaya.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, TYT B.N. Reddy.
Hadir sama Penasihat Utama IASS 2023, Dato’ Seri SK Devamany; Pengerusi IASS 2023, Datin Malligga Subramaniam; Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.
Turut berlangsung sesi finalis pitching competition dan penyampaian anugerah.
Tetamu yang hadir juga disajikan dengan persembahan tarian kebudayaan Negara India.
Program ini dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM), Dynamic Entrepreneurial Women Initiative (DEWI), Entrepreneur, Technology and Industry Development Institute (INPUT), Center of Excellence for Extended Reality Technology (COEXRT) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.
IASS 2023 yang berlangsung pada 12-13 Disember 2023 bertujuan memberi ruang kepada usahawan belia membina jaringan, kesedaran berkaitan dengan jenama, sesi pitching selain peluang mendapatkan dana bagi mengembangkan perniagaan mereka.


















































