SEREMBAN 10 Mac – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah membentangkan cadangan Negeri Sembilan Ranah Kerja Belia atau ‘Land of Youth Work’ bagi mewujudkan ekosistem kerja belia profesional di negeri asal-usul beliau kepada Kerajaan Negeri Sembilan.
Turut dibentangkan cadangan penubuhan pusat belia dan operasi pekerja belia profesional di Kuala Pilah dan Port Dickson oleh Majlis Belia Daerah Kuala Pilah.
Turut dibincangkan penubuhan Pertubuhan Pengamal Kerja Belia Negeri Sembilan sebagai langkah awal penubuhan menjayakan agenda kerja belia seluruh Malaysia.
Hadir sama Felo Penyelidik MBM, Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin dan kepimpinan MBD Kuala Pilah.