SEREMBAN, Nov 20 2012 (Bernama) — Negeri Sembilan will host the 2012 Malaysian Youth Culture and Sports Fest organised by the Malaysian Youth Council (MYC) here from Thursday to Sunday.
Negeri Sembilan Youth Council president Wan Salwati Abdullah said today the event was MYC’s biennial programme and Negeri Sembilan was the third state to hold the festival after Perak and Penang.
“We expect more than 2,000 athletes, representing 40 organisation under the MYC, to participate in the fest,” she told Bernama.
She said events to be held during the fest included futsal, sepak takraw, ping pong, badminton, netball, basketball, paintball, singing, dance and declamation.
Negeri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan was scheduled to launch the event on Saturday at the Negeri Sembilan Sports Complex (Centre Court), Paroi, she added.
— BERNAMA
Pesta Sukan Dan Kebudayaan Belia Malaysia Di Seremban Dari 22 Hingga 25 Nov
SEREMBAN, 20 Nov (Bernama) — Negeri Sembilan akan menjadi tuan rumah Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia 2012 anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) di sini selama empat hari mulai Khamis ini.
Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan, Wan Salwati Abdullah berkata ia merupakan program dwitahunan dan Negeri Sembilan merupakan negeri ketiga menganjurkannya selepas Perak dan Pulau Pinang.
“Dijangka lebih 2,000 orang atlet akan terlibat dan menyertai pesta tersebut di mana mereka akan mewakili 40 badan gabungan di bawah MBM,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sebanyak tujuh acara sukan akan dipertandingkan iaitu futsal, sepak takraw, ping pong, badminton, bola jaring, bola keranjang (3 on 3)dan paintball.
Bagi kategori kebudayaan, acara yang dipertandingkan ialah nyanyian, tarian dan medeklamasi sajak. Wan Salwati berkata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dijangka merasmikannya Sabtu ini di Kompleks Sukan Negeri Sembilan, Paroi.
— BERNAMA