DALAM TALIAN 25 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) selaku penganjur bersama program National Youth and Sports Symposium (NYSS) 2021 telah menjayakan program ini sebagai mentor dan panel juri untuk perbahasan pada hari ketiga.
Perbahasan memfokuskan usaha untuk meningkatkan kemahiran berfikiran kritis dan cara pertuturan. Acara telah diakhiri dengan penyampaian hadiah. MBM diwakili Sdri. Kavita Maheendran, Penolong Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Clive Allen William-Hunt, Exco MBM.
Program NYSS ini akan bersambung untuk Fasa Kedua, di mana peserta akan mengadakan acara seperti yang dicadangkan oleh mereka dengan bimbingan daripada Exco dan Felo MBM selama dua hingga tiga bulan.