KUALA LUMPUR 16 Mei – Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV1 membawakan rancangan Naratif Khas membicarakan tajuk ‘Perkasa Belia’ sempena Hari Belia Negara 2023 di Studio Wisma TV Angkasapuri.
Program ini menampilkan panelis iaitu Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. MOhd Izzat Afifi Hj Abd Hamid bersama dua panel hebat dalam hal ehwal pembangunan belia; Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pensyarah Universiti Putra Malaysia dan Ketua Projek Belia Mahir, Sdr. Mohammad Rizan Hasan.
Belia sentiasa bimbangi akan masa hadapan mereka, namun belia juga perlu progresif, bermotivasi dan ada jati diri kuat dalam era paling mencabar ini.



