Monday, 17 May 2010
2010/05/15
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini meluangkan masa kira-kira dua jam bersama generasi muda negara yang merupakan antara beribu-beribu peserta dan pengunjung karnival sempena Hari Belia Negara 2010 di sini hari ini.
Cuaca panas terik tidak menghalang Perdana Menteri bermesra dengan anak-anak muda berbilang bangsa yang tidak mahu melepaskan peluang dan kelihatan teruja untuk bersalaman, berbual dan mengambil gambar dengan pemimpin nombor satu negara.
Beliau bergerak dari satu tapak ke tapak yang lain dengan menggunakan tram, sama seperti pengunjung biasa yang datang ke karnival tiga hari bermula semalam.
Lawatan pertama beliau bermula di Kompleks Futsal Presint 18 di sini, bagi menyaksikan perlawanan futsal yang diadakan tanpa henti selama 72 jam sejak semalam, membabitkan 1,056 pasukan dan lebih 11,000 peserta.
Ketibaan beliau pada 11 pagi disambut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, dan kedua-dua timbalan menteri, Datuk Razali Ibrahim dan Datuk Wee Jeck Seng.
Najib melawat semua 11 gelanggang di kompleks itu dengan sesekali berhenti untuk bersalaman, berbual sambil memberi kata semangat dan mengambil gambar dengan peserta perlawanan futsal.
Dalam ucapannya pada acara itu, Najib berkata beliau percaya kejohanan itu akan membuka pendekatan baru bagi kerajaan berkaitan program yang akan dianjurkan untuk belia pada masa depan.
“Melalui acara ini, belia dapat mengambil bahagian dalam suasana karnival, santai, suasana amat mesra dan inilah cara yang amat diminati dan disukai oleh belia, maknanya kita tidak buat pertandingan secara terlalu formal atau terlalu berstruktur.

“Saya percaya kejohanan ini akan membuka satu pendekatan baru yang akan diusahakan oleh kerajaan agar semua program belia di masa akan datang adalah mengambil kira pendekatan dan falsafah seperti ini yakni yang lebih dekat di hati dengan minat dan jiwa para belia,” katanya.
Najib kemudian bergerak ke tapak Autoshow di belakang Istana Kehakiman di Presint 3 untuk melancarkan pusingan pertama Malaysian Rally Sprint Championship 2010.
Beliau turut melepaskan peserta untuk Pertandingan Goodyear-KBS Drift Challenge dan menyaksikan persembahan drift oleh anak-anak muda.
Semasa merasmikan Kelab Putera 1Malaysia yang diadakan berhampiran Menara Kementerian Belia dan Sukan, di Presint 4, Najib berkata beliau yakin penubuhan kelab itu akan memberi sumbangan besar kepada kejayaan gagasan 1Malaysia.
“Belia adalah muka masa depan Malaysia. Kalau saudara saudari mencerminkan penghayatan semangat dan prinsip 1Malaysia dan menunjukkan nilai cerminan sesuai dengan gagasan 1Malaysia maka kita akan dapat membawa transformasi yang besar kepada negara kita dan dalam masa 10 tahun lagi Insya-Allah kita akan jadi negara maju dan negara berpendapatan tinggi,” katanya.
Selepas itu, Najib melancarkan “Creative Youth Gigs and MyIdeas” yang turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili.
Perdana Menteri sempat singgah di Karnival Remaja dan beramah mesra dengan pengunjung di sana, sebelum bergerak ke gerai Gerakan Belia 4B dan juga gerai Majlis Belia Malaysia.
Beliau turut meluangkan masa di Karnival Jom Heboh anjuran TV3 dan melancarkan program stesen televisyen swasta itu, “Remaja 2010”. – Bernama