MAJLIS BELIA MALAYSIA

Najib: Kerajaan terus rapat dengan belia

PETALING JAYA 31 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, beliau memberi banyak daripadanya masanya sendiri dan kerajaan untuk memastikan hubungan rapat terus terjalin dengan golongan muda serta kalangan belia di negara ini.

Perdana Menteri berkata, beliau mempunyai sepenuh kepercayaan terhadap belia Malaysia dan menggesa mereka supaya tidak menoleh ke belakang, sebaliknya memandang jauh ke depan dalam apa jua perkara yang mereka lakukan.

Najib berkata, golongan muda dan belia Malaysia mempunyai peranan penting untuk dilaksanakan dalam perjalanan Malaysia ke arah mencapai negara maju menjelang 2020 dan usaha berterusan yang dijalankan untuk mentransformasi negara.

“Anda mempunyai peranan penting untuk dilaksanakan… harus diingat bahawa inilah negara yang akan anda bentuk bagi generasi kini dan akan datang,” kata beliau ketika berucap merasmikan sesi pementoran pada Forum Tindakan Belia 2011 di sini hari ini.

Forum Tindakan Belia itu dianjurkan sebagai sebahagian daripada Himpunan Belia Negara 2011 yang julung kali diadakan oleh myHarapan dan AIESEC Malaysia. – Bernama

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »