Kuala Lumpur 25 Sept – Majlis Belia Malaysia melalui Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MYVOC) telah menyertai Mini Karnival Kesihatan Peringkat Kemas Wilayah Persekutuan dengan membuka ruangan pameran. Program ini telah dirasmikan oleh Yb. Encik Nor Azman Salehuddin Naib Ketua Umno Bandar Tun Razak. Turut membuka pameran ialah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Sukarelawan Perubatan Malaysia dan PTPTN. Antara aktiviti menarik yang telah berlangsung ceramah kesihatan, demontrasi masakan, pertandingan melukis dan mewarna dan gerai jualan. Program bermula dari 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang pada 24 September 2016.