MAJLIS BELIA MALAYSIA

MYVOC serah bantuan dan sertai pembersihan pasca banjir di segamat

SEGAMAT 2 Feb – Komuniti Sukarelawan Belia Malaysia (MYVOC) Majlis Belia Malaysia bersama Majlis Belia Daerah (MBD) Segamat telah turun ke Pusat Gerakan Pasca Banjir Daerah Segamat bagi menyerahkan sumbangan bantuan banjir berupa kain batik dan pelikat, tuala mandi dan kit kebersihan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan dengan musibah banjir sekitar daerah ini.

Penyerahan telah dilakukan oleh Exco MBM merangkap Pengerusi Biro Kesukarelaan dan Belia Mahir, Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa.

Team MYVOC turut menyertai kerja-kerja gotong royong mencuci rumah mangsa banjir dan pembersihan di Kampung Seberang Batu Badak di sini.

Misi ini digerakkan bersama sukarelawan MBD Segamat, Southern Volunteers, Majlis Perbandaran Segamat, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat, SWCorp dan SWM.

Hadir sama Pengerusi MBD Segamat, Sdr. Mohd Faiz Mohamad dan kepimpinan lainnya.

Semoga keadaan segera pulih dan mangsa-mangsa dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »