Telah berlangsung MYVOC Misi Bantuan Bencana Pasca Banjir di Kampung Beradek Sarawak pada 5 Mac 2016 yang dihadiri sukarelawan seramai 53 orang peserta terdiri daripada 4 peserta dari Majlis Belia Malaysia (MBM), 20 peserta dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 11 peserta dari Himpunan Ikatan Kekeluargaan (HARUM), 15 anggota Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) dan 3 kakitangan Pejabat Daerah Kuching Sarawak.
Misi Bantuan ini adalah anjuran MBM dengan kerjasama ABIM,HARUM, Pejabat Daerah Kuching,JPAM dan Lembaga Sungai Sarawak yang menyediakan 2 buah bot.
Pelaksanaan program di Masjid Darul Akhirat dan Sekolah Kebangsaan Kampung Beradek dengan penyampaian taklimat oleh Sdr. Ahmad Saparudin (Setiausaha Agung MBM) di Sekolah Kampung Beradek dan ucapan Wakil Exco MBM Sdr. Mohd Aizad Roslan di Masjid Darul Akhirat.
Sumbangan yang diberikan adalah seperti beras, kicap, gula, biskut, serbuk teh dan maggie bagi 130 mangsa banjir dan bantuan alat belajar 100 set untuk pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Beradek.