MAJLIS BELIA MALAYSIA

MYVOC MBM dan MPP UPM jalin kerjasama

KUALA LUMPUR 15 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Komuniti Sukarelawan Belia Malaysia (MyVOC) telah menerima kunjungan daripada kepimpinan Jawatankuasa Sukarelawan Siswa Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) sesi 2022/2023 di Wisma MBM hari ini.

Pertemuan ini bagi membincangkan skop kerjasama menerusi aktiviti pembangunan pelajar selain menggalakkan penglibatan pelajar dalam pertubuhan belia.

Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid mempengerusikan perbincangan ini sambil berkongsi pengalaman dan pandangan antara pimpinan MBM dan MPP UPM.

Hadir sama Exco MBM merangkap Pengerusi Biro Kesukarelaan dan Belia Mahir, Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa dan Sdr. Mohd Faiz Suhaimi (Timbalan).

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »