MAJLIS BELIA MALAYSIA

MyVOC edar topeng muka kepada murid SRA Bandar Kinrara 5

Puchong, 18 September 2015 – Komuniti Sukarelawan MyVOC  Majlis Belia Malaysia telah mengedarkan sebanyak 1000 keping topeng muka kepada guru-guru dan murid-murid di Sekolah Rendah Agama Bandar Kinrara 5, Puchong pada pagi tadi.

Sebelum mengedarkan topeng muka, sedikit penerangan mengenai jerebu dan cara pemakaian topeng muka diterangkan oleh Encik Zaidi Aziz, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia. Turut hadir untuk mengedarkan topeng muka tersebut ialah Encik Ahmad Saparudin Yusop, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »