MAJLIS BELIA MALAYSIA

MyVOC edar topeng muka di kawasan tumpuan ramai

Kuala Lumpur, 20 Oktober 2015 –  Kadar IPU jerebu terutamanya di kawasan Lembah Klang terus meningkat sehingga melepasi tahap bahaya. Semua sekolah di negeri yang teruk dilanda jerubu telah ditutup sejak Isnin lalu. MyVOC melalui Majlis Belia Malaysia (MBM) sekali lagi turun ke beberapa kawasan tumpuan orang ramai terutamanya di stesen-stesen LRT di sekitar Kuala Lumpur bagi mengedarkan topeng muka kepada orang ramai. Kali ini sukarelawan MyVOC yang terdiri dari 10 orang telah diketuai sendiri oleh Presiden MBM, Tuan Hj  Mua’amar Ghadafi  Jamal  Datuk Wira Jamaluddin turun ke Stesen LRT Bandar Tasik Selatan bagi mengedarkan 1000 keping topeng muka kepada orang ramai secara percuma sekitar jam 5.30 petang.

Edaran topeng muka ini walaupun nampak kecil tetapi ianya diharap dapat menyedarkan orang ramai betapa pentingnya menjaga kesihatan ketika jerebu. Turut hadir bersama sukarelawan MyVOC Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Sdr. Hamizi Mat Juah serta Setiausaha Agung 4B Malaysia, Sdr. Roslan Abdul Rahim.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »