MAJLIS BELIA MALAYSIA

MYVOC Dekati Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Keramat, Kuala Lumpur

Keramat 14 Sept –  Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Komuniti Sukarelawan Belia 1Malaysia (MYVOC) turun ke lokasi kejadian bagi meninjau keadaan kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Keramat, Kuala Lumpur yang mengakibatkan kematian seramai 22 orang pelajar dan 2 orang dewasa.

Dalam kejadian sekitar jam 5. 15 pagi itu, api dipercayai bermula dari tingkat atas pusat tahfiz tiga tingkat itu yang menempatkan sebahagian pelajar dan ustaz yang sedang tidur.

Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh, seramai lebih 20 lagi pelajar sempat menyelamatkan diri dengan terjun menerusi tingkap di tingkat dua, manakala mangsa lain yang gagal selamatkan diri dipercayai ditemui berdekatan pintu keluar.

MYVOC hadir ke sana bagi meninjau keperluan sumbangan yang diperlukan.

Turut hadir ke tempat kejadian Presiden MBM Tuan Hj, Mua’amar Ghadafi Jamal, Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Ketua Penerangan MBM Sdr. Rizan Hassan dan Exco MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun.

 

Sumber : Berita Harian

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »