MAJLIS BELIA MALAYSIA

MyVOC dan komuniti NGO Perak bantu kerja-kerja mencuci kesan banjir di Baling

BALING 29 Sep – Komuniti Sukarelawan Belia Malaysia (MyVOC) Majlis Belia Malaysia diketuai Exco MBM, Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa dan beberapa komuniti NGO dari Perak telah turun ke Baling, Kedah bagi membantu kerja-kerja mencuci kesan banjir di sana.

Hari pertama, team misi bantuan berada di Kg. Sadek, Kupang untuk bantu mencuci rumah mangsa-mangsa banjir bersebelahan Sungai Kupang yang di masuki air hampir empat kaki.

Hari kedua misi diteruskan di Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang bersama rakan-rakan sukarelawan tempatan seperti Majlis Belia Daerah Baling, Gerakan Belia 4B(M) Kawasan Baling, BSMM Baling, MRA KEDAH, Yayasan Food Bank Baling, guru serta kakitangan sekolah.

Hampir keseluruhan sekolah dinaiki banjir lumpur selain banyak perabot dan peralatan yang rosak akibat banjir.

Terima kasih juga kepada komuniti sukarelawan dari Negeri Perak seperti Sukarelawan Sahabat Jariah Perak, MRA Perak, MBD Larut Matang, PEKA Bukit Gantang, Gerakan Belia 4B Taiping, Anbi Collections dan Pro-Tinted Taiping kerana turut sama membantu kerja mencuci banjir di Baling Kedah.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »