MAJLIS BELIA MALAYSIA

MyVOC beri bantuan awal kepada mangsa banjir Felda Lasah dan Lintang

SUNGAI SIPUT 13 Okt – Komuniti Sukarelawan Belia Malaysia (MyVOC) Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa telah menggerakkan pasukan sukarelawan ke Sungai Siput untuk memberi bantuan awal berupa makanan-minuman, barang mentah basah serta kering kepada mangsa-mangsa banjir di Felda Lasah dan Lintang yang berjumlah hampir 400 orang penduduk.

Misi kali ini dibantu oleh sukarelawan dari MBD Larut Matang yang menyediakan kemudahan bot bagi membantu urusan pemindahan sebahagian mangsa banjir selain penghantaran bantuan makanan akibat banyak jalan raya terputus hubungan.

Sukarelawan tempatan dari MBD Sungai Siput juga turut membantu dalam menghantar dan membekalkan makanan basah kering ke semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka semalam.

In sha Allah dalam masa terdekat MBM akan menggerak sukarelawan pasca banjir bersama sukarelawan Majlis Belia Negeri Perak untuk membantu kerja-kerja mencuci banjir di kawasan terbabit.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »