MAJLIS BELIA MALAYSIA

Myanmar perlu digantung dari ASEAN

Kuala Lumpur, 3 Okt – Tindakan menggantung keanggotaan Myanmar daripada ASEAN perlu dilakukan jika krisis kemanusiaan dan penghapusan etnik Rohingya terus berlaku di Myanmar.

Penggantungan itu wajar dilakukan sehingga Myanmar mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa. ASEAN mesti tegas terhadap kerajaan Myanmar dan tentera Myanmar kerana ASEAN adalah kumpulan negara terdekat.

Ini adalah sebahagian resolusi yang diputuskan dari mesyuarat membincangkan strategi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO-NGO) rantau ASEAN dan antarabangsa untuk menangani isu Rohingya.

Mesyuarat selama dua hari anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pusat Belia Antarabangsa itu melibatkan 90 NGO dari Malaysia, Indonesia, United Kingdom, Perancis, India, Bangladesh, Turki, Thailand, Singapura, Maldives, Filipina, Botsawana, Afrika dan Myanmar.

“Hasil mesyuarat ini juga, kami akan menubuhkan sebuah jawatankuasa tetap yang akan melaksanakan pelan strategik dalam enam bidang tindakan. Ia termasuk kempen media dan dokumentasi, mobilasisi massa rakyat, advokasi rakyat, lobi badan-badan dunia, bantuan kemanusiaan dan lobi kepada organisasi antarabangsa,” jelas Mohd Azmi Abdul Hamid dalam sidang media tersebut.

Sementara itu, Jawatankuasa Tetap ini juga mendesak penarikan balik Anugerah Nobel Keamanan dari pemimpin Myanmar, Aun San Suu Kyi.

Kita juga memberi penekanan, Aun Sang Suu Kyi juga telah menjadi alat kepada tentera, dan yang perlu diberi perhatian adalah tentera Myanmar kerana tanpa Aun Sang Suu Kyi, pihak tentera Myanmar sudah melaksanakan genosid sejak 1978.

“Kami buat keputusan, fokus kepada tentera ini harus dilakukan. Kami sudah menamakan panglima-panglima tentera ini yang mesti diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC),” tambah beliau.

“Kita sangat peduli terhadap kemanusian, dalam zaman dunia moden hari ini, kita tidak boleh menerima perlakuan genosid di muka bumi ini, semua konflik atas nama ras, agama dan suku harus dihentikan sama sekali”.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »