KUALA LUMPUR 23 Julai – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah mengadakan Persidangan Agung Tahunan kali ke-67 dengan jayanya pada 23-24 Julai 2022 bertempat di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Indera Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan 1. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid turut sama meraikan para perwakilan GPMS dari seluruh seluruh negara.
Persidangan ini juga menyaksikan Sdr. Muhd Fazreen Ismadi dipilih sebagai Presiden GPMS Kebangsaan bagi sesi 2021-2024.
Turut hadir Dr. Zainah Sharif Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara; YM Datuk Syed Anuar Syed Muhammad, Presiden Alumni GPMS dan Encik Asmori Sa’ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan.
Semoga GPMS terus kekal sakti, perkasa dan cemerlang memperjuangkan isu dan pendidikan anak Melayu di masa hadapan.
Tahniah Fazreen, tahniah GPMS, Menggerak Belia!