KUALA LUMPUR 23 Nov – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang I Penggal ke-34 Sesi 2023-2024 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Belia Antarabangsa di sini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan seterusnya mempengerusikan persidangan tersebut.
MPBN kali ini menampilkan 21 orang pembahas dan mengutarakan lima usul iaitu memperkasa inisiatif pembangunan karakter belia dan negara bangsa; peranan pimpinan belia menangani beban guru di sekolah; penggubalan Dasar Pekerja Belia Profesional; Persempadanan Pilihan Raya dan memperkasa ekosistem sokongan memartabatkan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi.
MBPN ditubuhkan sejak 1971 merupakan platform bagi pemimpin belia menyampaikan pandangan serta isu belia kepada kerajaan dalam pelbagai segmen untuk memperkasa dan membangunkan belia Malaysia seluruhnya.
Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dr. Nagulendran Kangayatkarasu; Exco-Exco Belia dan Sukan Kerajaan Negeri; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Mohd Azhari Mohamad; Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan; Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid; Exco dan Ahli Dewan Tertinggi MBM, Ahli Lantikan Menteri, wakil Kementerian dan Agensi Kerajaan.
Syabas dan terima kasih kepada YB Menteri dan Timbalan Menteri yang mengendalikan dan mengikuti persidangan ini sehingga akhirnya.