MAJLIS BELIA MALAYSIA

MPBN platform terbaik memartabatkan belia Malaysia

BANGI 25 Januari – Selesai sudah pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang 1, Penggal ke – 33 Sesi 2021- 2022 yang berlangsung di Hotel Tenera di sini.

Setelah beberapa tahun tertangguh akibat pandemik, persidangan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya melibatkan seramai 142 ahli majlis terdiri kepimpinan MBM (Exco, Dewan Tertinggi dan Badan Gabungan MBM), ahli-ahli lantikan menteri dan wakil-wakil kementerian serta agensi kerajaan.

Presiden MBM dalam ucapan aluannya menekankan kepentingan pembangunan ‘manusia dan kemanusiaan’ meliputi ilmu, idealisme serta akhlak dan bukan bersifat duniawi semata-mata.

MPBN dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu sebelum bertindak mempengerusikan persidangan sehingga tamat sesi.

Seramai 21 orang pembahas dalam persidangan kali ini yang memfokuskan kepada tiga teras utama iaitu kepimpinan, ekonomi dan sosial.

YB Menteri dalam ucapan penangguhannya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan persidangan kali ini dan berharap tindakan susulan sewajarnya terhadap isu-isu yang dibawa.

Lebih dari itu, MPBN diharap dapat memainkan peranan dalam usaha memartabatkan golongan belia Malaysia.

Hadir sama YB Dato’ Sri Li Tian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YB Mohd Syahbuddin Hashim, Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Jufitri Joha Presiden MBM, Pengurusan kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan.

MBPN merupakan platform bagi pemimpin belia menyampaikan pandangan serta isu belia kepada kerajaan dalam pelbagai segmen untuk memperkasa dan membangunkan belia Malaysia seluruhnya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »