KUANTAN 4 Julai – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Pahang Sidang I Penggal ke-33 Sesi 2021-2022 telah diadakan di Bangunan UTC Pahang di sini.
Persidangan kali ini berjalan lancar dengan empat usul telah dibahaskan oleh perwakilan antaranya mengenai ekonomi belia, program khusus pembangunan belia dan pelantikan ADUN Belia.
Persidangan dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain.
Semoga segala idea dan usul yang diutarakan dapat diangkat ke peringkat tertinggi demi kebaikan generasi muda khususnya di Negeri Pahang.
Hadir sama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Encik Mu’azamir Haji Jili dan Presiden Majlis Belia Negeri Pahang merangkap Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Haji Abdul Hamid.




