MAJLIS BELIA MALAYSIA

MPAT 70 MBM berlangsung secara hibrid

BANGI 24 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-70 bertempat di Hotel Tenera yang berlangsung secara hibrid (bersemuka dan dalam talian) melibatkan penyertaan fizikal Exco dan Dewan Tertinggi MBM.

Pelaksanaan secara hibrid mengambilkira situasi negara yang masih dalam tempoh pandemik. Persidangan dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap MBM, YB Mohd Syahbuddin Hashim.

Perhimpunan keluarga besar belia Malaysia ini disertai seramai 346 orang perwakilan terdiri daripada Exco, Dewan Tertinggi dan Badan-Badan Gabungan MBM. MPAT kali ini juga menampilkan ramai muka baharu ekoran peralihan kepimpinan beberapa badan gabungan MBM.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Azahari Mohamad.

‘MBM merupakan rakan kongsi paling akrab kepada kementerian dalam membantu apa jua pelaksanaan dasar kementerian’, ujar beliau.

Presiden MBM turut menyampaikan Ucapan Dasar bertajuk “Melahirkan pemimpin MBM yang berwibawa : Dia – yang tinggi tampak jauh, yang dekat julung bersua”.

Hadir sama, Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).

MPAT merupakan perhimpunan keluarga besar MBM bagi membincangkan dasar, hala tuju dan pembangunan generasi belia negara ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »