MAJLIS BELIA MALAYSIA

MoU projek pendaftaran 10,000 syarikat dalam kalangan usahawan belia

KOTA KINABALU 15 Julai – Telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Majlis Belia Sabah (MBS) – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Syarikat Dahlia Sentosa bagi projek pendaftaran 10,000 syarikat dalam kalangan usahawan belia.

Antara objektif lain kerjasama ini bertujuan menambah dan meramaikan lagi ‘startup’ dalam sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan khususnya di Negeri Sabah.

Terdahulu YB Menteri Belia dan Sukan, YB Menteri Belia dan Sukan Sabah, Presiden MBM dan Presiden Majlis Belia Sabah menandatangani Plak Hari Belia Negara 2022. Majlis ini diadakan sempena Majlis Makan Malam bersama Pemimpin Belia di Sabah International Convention Centre.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »