MAJLIS BELIA MALAYSIA

MoU Program Belia Berniaga ‘Extrajoss’

JOHOR BAHRU 14 Ogos – Telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Thirty Elements Sdn Bhd serta Kalbe Malaysia Sdn Bhd dalam “Program Belia Berniaga Extrajoss”.

Majlis ini disaksikan oleh YB. Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan, Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM dan YB. Mohd Syahbuddin Hashim, Pengerusi Tetap MBM.

Program dikendalikan di bawah Biro Perindustrian, Ekonomi dan Usahawan MBM ini mensasarkan pembangunan usahawan belia, ibu tunggal, suri rumah dan golongan B40 serta pertubuhan belia yang ingin menjana pendapatan dalam cabaran ekonomi mencabar pasca Covid-19.

Usahawan berminat akan diberikan panduan dan sokongan untuk memulakan perniagaan oleh pihak yang terlibat.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »