MAJLIS BELIA MALAYSIA

MoU KoKasih dan MyOKU – Pemangkin kerjasama membangun potensi Bukit Tasik Serendah sebagai kawasan agro-pelancongan

PETALING JAYA 1 Dis – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) melalui Koperasi Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor Berhad (Ko-Kasih) bersama Koperasi Usahawan MyOKU Selangor Berhad telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Pejabat YBK Kelana Jaya bagi membangunkan aktiviti pertanian, penternakan dan pelancongan di Bukit Tasik Serendah, Hulu Selangor.

Melalui MoU ini, MyOKU bersama Ko-Kasih akan mengusahakan aktiviti pertanian, penternakan dan pelancongan di kawasan seluas 60 hektar milik YBK.

MyOKU merupakan koperasi yang memiliki kepakaran dalam bidang pertanian dan ternakan akan bersama-sama YBK membangunkan tanaman rumput napier, sorghum, murungai dan pokok buah-buahan tempatan selain kawasan agro-pelancongan dan sebagainya.

Ko-Kasih diwakili oleh Datin Dr. Hajah Hartini Osman manakala Koperasi Usahawan MyOKU Selangor Berhad diwakili Pengerusinya, Encik Muhamad Asyraf Mahat.

Majlis ini disaksikan oleh Dato’ Haji Zainal Abidin Haji Sakom, Pengerusi dan Encik Syazan Afifi, Penolong Pengarah Kanan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Selangor.

Hadir sama Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.

MBM sebagai pendokong dan perintis kepada projek ini berharap kerjasama ini dapat memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak memandangkan potensinya selain memberi impak buat golongan belia setempat dalam menjana kewangan melalui peluang pekerjaan yang akan diwujudkan kelak di samping menjadi agenda utama MBM dalam menyokong keselamatan makanan negara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »