MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mogesh wakili MBM ke HELIX 2021 ASEAN Forum

KUALA LUMPUR 24 Mei – Sdr. Mogesh Sababathy, Aktivis Ocean Hope 2019 dan 20 Finalis Commonwealth Youth Award 2021 mewakili Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri HELIX 2021 ASEAN Forum – Focus Session on Youth in Climate Action and Disaster Resilience anjuran The National Youth Commission Philippines, AHA CENTRE dan ASEAN Secretariat sempena ASEAN Humanitarian and Emergency Logistics Innovation Exposition (HELIX) ASEAN Forum yang bakal berlangsung sehingga 25 Mei ini.

‘Focus Session’ pada hari ini melibatkan wakil-wakil belia yang bergiat aktif dalam kegiatan konservasi alam sekitar dan perubahan iklim daripada negara-negara ASEAN dan membincangkan beberapa polisi dan peranan belia dalam mengurangkan risiko dan pengurusan bencana.

Selain itu, turut dibentangkan inisiatif oleh beberapa organisasi belia di rantau Asia dalam menggalakkan golongan muda supaya membina lebih banyak penyelesaian kepada isu-isu alam sekitar dan pengurusan bencana dengan kreatif dan inovatif.

Ini termasuklah pembentangan oleh Prof. Josephine Firmase tentang ‘Teach DRR Project’ yang mendidik anak-anak muda di kepulauan-kepulauan kecil di Filipina tentang peranan mereka dalam mengurangkan kesan perubahan iklim serta langkah-langkah mitigasi bencana.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »